LANGSUNG | Perbicaraan Najib
Razak yang berdepan tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan
dana SRC International Sdn Bhd (SRC) bersambung lagi hari ini.
12.30pm: Uma
Devi memberitahu mahkamah bahawa dia dimaklumkan oleh pengurus bank
sebelumnya - yang dirujuknya sebagai Jayakumar - bahawa beberapa akaun
berdaftar sedang disiasat pihak berkuasa.
Katanya, perkara itu disampaikan padanya kira-kira tiga hari selepas Jayakumar secara rasmi menyerahkan tugas padanya pada 1 Julai 2015.
Penyerahan tugas itu sebelumnya tertangguh kerana Jayakumar bercuti sakit.
Uma Devi bagaimanapun berkata dia tidak tahu akan mana yang sedang disiasat.
Katanya, tiga hari kemudian, sekumpulan pegawai Bank Negara bertanya berkaitan akaun milik SRC International, Gandingan Mentari, Yayasan Gemilang dan Najib.
Serbuan itu turut bertanya berkaitan akaun 1MDB, katanya.
Pegawai-pegawai itu, kata Uma Devi, memberikan nama-nama itu secara lisan tetapi dia tidak ingat sama ada nombor akaun turut diberikan atau nama-nama dibacakan dari satu senarai.
“Saya tidak ingat tetapi mereka kata mereka mahu semua akaun bawah nama-nama tertentu, tetapi saya tidak ingat sama ada mereka berikan nombor akaun,” katanya menjawab soalan Harvinderjit.
Semasa soal balas, Harvinderjit juga membacakan satu senarai nama dan meminta Uma Devi mengesahkan sama ada ditanya berkaitannya. Nama Najib tidak termasuk dalam senarai individu disebut itu.
Uma Devi berkata dia tidak ingat kebanyakan nama itu tetapi berkata pihak berkuasa mungkin bertanya sama ada pengarah-pengarah SRC ada membuka akaun di cawangan itu.
/ends
12.15pm: Uma Devi berkata dia tidak tahu mengenai akaun di Ambank Raja Chulan sebelum 1 Julai 2015 - tarikh dia dipindahkan ke cawangan itu.
Uma Devi juga mengesahkan keterangannya hanya berdasarkan dokumen yang diperolehinya.
Ketika ditanya sama ada dia melihat Najib sendiri atau nampak bekas perdana menteri menandatangani dokumen di depannya, Uma Devi menjawab tidak.
Dia juga memberitahu peguam Najib bahawa dia tidak nampak Nik Faisal atau Suboh Md Yassin menandatangani dokumen di depan matanya sendiri.
Uma Devi menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai serbuan Bank Negara Azizul Adzani pada 6 Julai 2015 kepada pegawainya.
11.27 pagi: R Uma Devi menafikan pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar hanya memberikan nombor akaun kepada pengurus bank berkenaan semasa premis tersebut diserbu pada 6 Jul 2015.
Semasa disoal balas peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh, Uma Devi berkata dia mengetahui keterangan diberikan Azizul Adzani melalui beberapa laporan berita.
Harvinderjit: Semasa anda disoal (pendakwaan pada minggu lalu) anda tahu apa yang dikatakan Azizul tak sama dengan apa yang kamu kata (sekarang).
Uma Devi: Ya.
Harvinderjit: Azizul beritahu mahkamah dia hanya memberikan kamu nombor-nombor akaun. Adakah kamu tahu ia tidak benar?
Uma Devi: Ya.
Harvinderjit: Ini dibincangkan dengan (timbalan pendakwa raya) Suhaimi, Sulaiman dan Sithambaram?
Uma Devi: Ia ada disebut.
Harvinderjit: Posisi kamu berbeza?
Uma Devi: Ya.
Semasa disoal balas oleh Harvinderjit pada minggu lalu Azizul Adzani menafikan dia meminta butiran transaksi khusus daripada Uma Devi semasa serbuan dilakukan.
10.40 pagi: Pelanggan Ambank bertanggungjawab menyemak penyata akaun bulanan mereka dan perlu berhubung dengan pihak bank dalam tempoh 14 hari jika terdapat sebarang kejanggalan.
Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi berkata berdasarkan rekodnya tiada sebarang makluman diberikan oleh Najib Razak berhubung tiga akaun banknya yang bernombor akhir 906, 880 dan 898.
Uma Devi berkata demikian semasa disoal TPP V Sithambaram.
Terdahulu Uma Devi ditanya sama ada wujud sebarang pemakluman mengenai kesilapan, percanggahan, pengeluaran tanpa kebenaran atau seumpamanya berhubung akaun Najib.
"Setakat pengetahuan saya dan rekod yang ada, tidak ada," katanya.
9.48 pagi: Peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, membantah soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Suhaimi Ibrahim mengenai serbuan Bank Negara di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.
Kata Harvinderjit, timbalan TPP mesti mendapatkan bukti dengan membuka soalan dan bukannya meminta saksi memberikan pengesahan.
"Di mana kredibilitinya?" kata peguam itu.
Menurut Suhaimi, isu serbuan penyiasat Bank Negara itu tidak dicabar oleh pihak pembelaan dan jika cara soalan itu diubah, ia akan menjadikan hal berkenaan lebih panjang.
Bagaimanapun kata Harvinderjit tidak semua kejadian dalam serbuan ke atas bank berkenaan sudah disahkan.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian mengarahkan Suhaimi menyusun semula ayat bagi soalannya mengenai fail-fail yang diserahkan Uma Devi kepada pegawai Bank Negara pada hari serbuan.
9.46 pagi: Disoal Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, Pegawai Ambank Uma Devi mengesahkan pegawai Bank Negara datang ke premis terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.
Bagaimanapun pengurus bank itu berkata kedatangan pegawai penyiasat terbabit tidaklah dianggap sebagai serbuan kerana operasi di situ berjalan seperti biasa.
"Pegawai Bank Negara datang berjumpa pengurus bank dan saya membawa mereka ke tingkat atas," katanya.
9.35 pagi: Pengurus Ambank Jalan Raja
Chulan, R Uma Devi memberitahu mahkamah sekeping cek bernilai RM3.5 juta
dari akaun Najib Razak dikeluarkan kepada firma guaman Hafarizam Wan
Aisha and Mubarak.
Kata Uma Devi cek tersebut bertarikh 21 Jan 2015 dan didebitkan sehari kemudian.
Bagaimanapun kata pegawai bank terbabit ada satu kelihatan dilakukan di pihak bank menyebabkan hanya RM3,500 saja dimasukkan ke akaun penerima.
Katanya dia dimaklumkan ada tindakan untuk membetulkan kesilapan tersebut namun tidak pasti jika ia dilakukan oleh pusat pemprosesan cek Ambank.
Uma Devi kemudian memberitahu pada Mac 2015 Najib mengarahkan tiga akaunnya di bank itu - yang dibuka pada 31 Julai 2013 - ditutup.
Pegawai
bank itu juga mengesahkan tiga akaun bank terbabit - masing-masing
bernombor 2112022011898, 2112022011880 dan
2112022011906AMPrivateBankingOneMy - mempunyai baki sebanyak
RM103,361.17 apabila ia ditutup.
Dalam surat arahan penutupan akaun bertarikh 3 Mac 2015 itu juga, kata Uma Devi, Najib mengarahkan bank terbabit memindahkan baki wang berkenaan ke akaun bank milik Ihsan Perdana Sdn.
Katanya pemindahan tersebut dilakukan Ambank melalui sekeping cek bertarikh 9 Mac 2015.
Terdahulu Uma Devi memberitahu mahkamah mengenai pemindahaan berjuta-juta ringgit di antara tiga akaun berkenaan sebelum ia ditutup.
Pemindahan itu katanya dibuat atas arahan Nik Faisal Ariff yang diberikan kuasa menguruskan akaun berkenaan.
9.10 pagi: Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memperkenalkan anggota pendakwaan dan pembelaan untuk hari ini.
Bagaimanapun di pihak pembelaan, ketua mereka, Muhammad Shafee Abdullah, tidak kelihatan.
Peguam Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah Shafee masih dalam perjalanan dan bersedia jika hakim mengarahkan perbicaraan diteruskan.
Saksi ke-21, Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan R Uma Devi mengambil tempat untuk menyambung keterangan.
9.08 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh selepas hakim mengambil tempat untuk memulakan perbicaraan.
8.55 pagi: Bersut biru gelap, Najib Razak mengambil tempat di bangku barisan depan sementara menunggu perbicaraan bermula.
Dua bantal dan sebotol air kelihatan diletakkan dalam tempat duduk kandang tertuduh yang akan dimasuki Najib tidak lama lagi.
Semalam keterangannya berhubung serbuan dibuat pegawai Bank Negara ke bank berkenaan memenuhi sebahagian besar perbicaraan.
Antara lain saksi pendakwaan ke-21 itu memberitahu mahkamah mengenai arahan debit untuk memindahkan wang berjumlah RM3,282,734.16 dari akaun Najib dan dipecahkan kepada dua kad kredit bekas perdana menteri itu.
Katanya Najib mengarahkan RM449,586.95 dimasukkan ke akaun kad kredit Visa Platinum dan bakinya disalurkan ke akaun kad kredit Mastercard Platinum yang tidak dinyatakan pemiliknya.
Peguan Negara Tommy Thomas mengetuai 13 anggota pasukan pendakwaan melibatkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.
Najib pula diwakili 13 peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah.
Anggota lain yang bertindak membela Najib ialah bekas peguam cara Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, dan Zahria Eleena Redza.
Malaysiakini terus membawakan liputan perbicaraan berprofil tinggi tersebut dari semasa ke semasa, di sini.
LANGSUNG
Katanya, perkara itu disampaikan padanya kira-kira tiga hari selepas Jayakumar secara rasmi menyerahkan tugas padanya pada 1 Julai 2015.
Penyerahan tugas itu sebelumnya tertangguh kerana Jayakumar bercuti sakit.
Uma Devi bagaimanapun berkata dia tidak tahu akan mana yang sedang disiasat.
Katanya, tiga hari kemudian, sekumpulan pegawai Bank Negara bertanya berkaitan akaun milik SRC International, Gandingan Mentari, Yayasan Gemilang dan Najib.
Serbuan itu turut bertanya berkaitan akaun 1MDB, katanya.
Pegawai-pegawai itu, kata Uma Devi, memberikan nama-nama itu secara lisan tetapi dia tidak ingat sama ada nombor akaun turut diberikan atau nama-nama dibacakan dari satu senarai.
“Saya tidak ingat tetapi mereka kata mereka mahu semua akaun bawah nama-nama tertentu, tetapi saya tidak ingat sama ada mereka berikan nombor akaun,” katanya menjawab soalan Harvinderjit.
Semasa soal balas, Harvinderjit juga membacakan satu senarai nama dan meminta Uma Devi mengesahkan sama ada ditanya berkaitannya. Nama Najib tidak termasuk dalam senarai individu disebut itu.
Uma Devi berkata dia tidak ingat kebanyakan nama itu tetapi berkata pihak berkuasa mungkin bertanya sama ada pengarah-pengarah SRC ada membuka akaun di cawangan itu.
/ends
12.15pm: Uma Devi berkata dia tidak tahu mengenai akaun di Ambank Raja Chulan sebelum 1 Julai 2015 - tarikh dia dipindahkan ke cawangan itu.
Uma Devi juga mengesahkan keterangannya hanya berdasarkan dokumen yang diperolehinya.
Ketika ditanya sama ada dia melihat Najib sendiri atau nampak bekas perdana menteri menandatangani dokumen di depannya, Uma Devi menjawab tidak.
Dia juga memberitahu peguam Najib bahawa dia tidak nampak Nik Faisal atau Suboh Md Yassin menandatangani dokumen di depan matanya sendiri.
Uma Devi menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai serbuan Bank Negara Azizul Adzani pada 6 Julai 2015 kepada pegawainya.
11.27 pagi: R Uma Devi menafikan pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar hanya memberikan nombor akaun kepada pengurus bank berkenaan semasa premis tersebut diserbu pada 6 Jul 2015.
Semasa disoal balas peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh, Uma Devi berkata dia mengetahui keterangan diberikan Azizul Adzani melalui beberapa laporan berita.
Harvinderjit: Semasa anda disoal (pendakwaan pada minggu lalu) anda tahu apa yang dikatakan Azizul tak sama dengan apa yang kamu kata (sekarang).
Uma Devi: Ya.
Harvinderjit: Azizul beritahu mahkamah dia hanya memberikan kamu nombor-nombor akaun. Adakah kamu tahu ia tidak benar?
Uma Devi: Ya.
Harvinderjit: Ini dibincangkan dengan (timbalan pendakwa raya) Suhaimi, Sulaiman dan Sithambaram?
Uma Devi: Ia ada disebut.
Harvinderjit: Posisi kamu berbeza?
Uma Devi: Ya.
Semasa disoal balas oleh Harvinderjit pada minggu lalu Azizul Adzani menafikan dia meminta butiran transaksi khusus daripada Uma Devi semasa serbuan dilakukan.
10.40 pagi: Pelanggan Ambank bertanggungjawab menyemak penyata akaun bulanan mereka dan perlu berhubung dengan pihak bank dalam tempoh 14 hari jika terdapat sebarang kejanggalan.
Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi berkata berdasarkan rekodnya tiada sebarang makluman diberikan oleh Najib Razak berhubung tiga akaun banknya yang bernombor akhir 906, 880 dan 898.
Uma Devi berkata demikian semasa disoal TPP V Sithambaram.
Terdahulu Uma Devi ditanya sama ada wujud sebarang pemakluman mengenai kesilapan, percanggahan, pengeluaran tanpa kebenaran atau seumpamanya berhubung akaun Najib.
"Setakat pengetahuan saya dan rekod yang ada, tidak ada," katanya.
9.48 pagi: Peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, membantah soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Suhaimi Ibrahim mengenai serbuan Bank Negara di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.
Kata Harvinderjit, timbalan TPP mesti mendapatkan bukti dengan membuka soalan dan bukannya meminta saksi memberikan pengesahan.
"Di mana kredibilitinya?" kata peguam itu.
Menurut Suhaimi, isu serbuan penyiasat Bank Negara itu tidak dicabar oleh pihak pembelaan dan jika cara soalan itu diubah, ia akan menjadikan hal berkenaan lebih panjang.
Bagaimanapun kata Harvinderjit tidak semua kejadian dalam serbuan ke atas bank berkenaan sudah disahkan.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian mengarahkan Suhaimi menyusun semula ayat bagi soalannya mengenai fail-fail yang diserahkan Uma Devi kepada pegawai Bank Negara pada hari serbuan.
9.46 pagi: Disoal Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, Pegawai Ambank Uma Devi mengesahkan pegawai Bank Negara datang ke premis terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.
Bagaimanapun pengurus bank itu berkata kedatangan pegawai penyiasat terbabit tidaklah dianggap sebagai serbuan kerana operasi di situ berjalan seperti biasa.
"Pegawai Bank Negara datang berjumpa pengurus bank dan saya membawa mereka ke tingkat atas," katanya.
Kata Uma Devi cek tersebut bertarikh 21 Jan 2015 dan didebitkan sehari kemudian.
Bagaimanapun kata pegawai bank terbabit ada satu kelihatan dilakukan di pihak bank menyebabkan hanya RM3,500 saja dimasukkan ke akaun penerima.
Katanya dia dimaklumkan ada tindakan untuk membetulkan kesilapan tersebut namun tidak pasti jika ia dilakukan oleh pusat pemprosesan cek Ambank.
Uma Devi kemudian memberitahu pada Mac 2015 Najib mengarahkan tiga akaunnya di bank itu - yang dibuka pada 31 Julai 2013 - ditutup.
Dalam surat arahan penutupan akaun bertarikh 3 Mac 2015 itu juga, kata Uma Devi, Najib mengarahkan bank terbabit memindahkan baki wang berkenaan ke akaun bank milik Ihsan Perdana Sdn.
Katanya pemindahan tersebut dilakukan Ambank melalui sekeping cek bertarikh 9 Mac 2015.
Terdahulu Uma Devi memberitahu mahkamah mengenai pemindahaan berjuta-juta ringgit di antara tiga akaun berkenaan sebelum ia ditutup.
Pemindahan itu katanya dibuat atas arahan Nik Faisal Ariff yang diberikan kuasa menguruskan akaun berkenaan.
9.10 pagi: Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memperkenalkan anggota pendakwaan dan pembelaan untuk hari ini.
Bagaimanapun di pihak pembelaan, ketua mereka, Muhammad Shafee Abdullah, tidak kelihatan.
Peguam Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah Shafee masih dalam perjalanan dan bersedia jika hakim mengarahkan perbicaraan diteruskan.
Saksi ke-21, Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan R Uma Devi mengambil tempat untuk menyambung keterangan.
Shafee kemudian tiba beberapa minit selepas perbicaraan dimulakan.
8.55 pagi: Bersut biru gelap, Najib Razak mengambil tempat di bangku barisan depan sementara menunggu perbicaraan bermula.
Dua bantal dan sebotol air kelihatan diletakkan dalam tempat duduk kandang tertuduh yang akan dimasuki Najib tidak lama lagi.
Berdepan
dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan
kesalahan, hari kesembilan ini dijangka menyaksikan Pengurus Ambank
cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, menyambung keterangan di depan
hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Antara lain saksi pendakwaan ke-21 itu memberitahu mahkamah mengenai arahan debit untuk memindahkan wang berjumlah RM3,282,734.16 dari akaun Najib dan dipecahkan kepada dua kad kredit bekas perdana menteri itu.
Katanya Najib mengarahkan RM449,586.95 dimasukkan ke akaun kad kredit Visa Platinum dan bakinya disalurkan ke akaun kad kredit Mastercard Platinum yang tidak dinyatakan pemiliknya.
Peguan Negara Tommy Thomas mengetuai 13 anggota pasukan pendakwaan melibatkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.
Najib pula diwakili 13 peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah.
Anggota lain yang bertindak membela Najib ialah bekas peguam cara Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, dan Zahria Eleena Redza.
No comments:
Post a Comment