KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini
menafikan pengeluaran sebarang mesej atau kenyataan bertajuk ‘Sebelum
Duit Anda Melayang’ dalam media sosial.
Penafian itu menyusul selepas mesej berkenaan tular da disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
“JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh JPJ.
“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya atau mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudiannya disebarkan sebekum pengesahakan dilakukan dengan JPJ,” tegas kenyataan JPJ dalam Facebook rasminya hari ini.
Mesej palsu itu mendakwa bahawa kononnya info terkini JPJ mulai Februari tahun ini, kadar saman JPJ iaitu untuk menghalang kereta dan memotong ialah RM300.
Mesej Whatsapp itu juga mendakwa kononnya kesalahan memandu perlahan di lorong kanan akan dikenakan saman RM150, menyimpan batang kayu, besi, pisau dan lain lain objek bahaya dalam kereta dikenakan kompaun RM100, isi minyak tanpa mematikan enjin (RM100), mabuk semasa memandu (RM2000) dan penjara enam bulan serta kesalahan cermin terlampau gelap RM500 dan penjara dua bulan.
Mesej palsu itu turut menyenaraikan kesalahan lain beserta kadar denda JPJ yang disangkal sebagai tidak benar oleh pihak berkuasa itu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan