Rabu, 16 Januari 2019

Umno belum terima permohonan bekas ahli nak rujuk kembali - Mohamad

MALAYSIAKINI

   

Timbalan presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Umno Mohamad Hasan berkata Umno belum menerima permohonan daripada anggota Parlimen parti itu yang sebelum ini telah keluar untuk menyertai kembali parti.

Beliau yang kini menjalankan tugas-tugas presiden Umno berkata bagaimanapun parti itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.

“Umno sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli Umno.

“Syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti,” katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ura-ura enam anggota Umno yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut mahu kembali seperti yang dilaporkan media semalam.

Enam Anggota Parlimen, yang kini anggota Bebas selepas meninggalkan Umno pada 14 Dis lepas, ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Shabudin Yahaya, Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainudin; Anggota Parlimen Sabak Bernam, Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.- Bernama


Tiada ulasan: