PRK CAMERON l Calon Pakatan
Harapan M Manogaran berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) memanggil seorang wanita berbaju PH yang didakwa
mengagihkan wang kepada sukarelawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Cameron Highlands untuk merakamkan keterangannya tidak beri kesan kepada
kempennya.
Sebaliknya, Manogaran berkata penduduk lebih bimbangkan isu tempatan.
"Saya rasa tak (jejaskan kempen). Kita telah beri penerangan tentang ini ia tak jejaskan sebab saya merata-rata tempat saya jalan tak ada orang tanya.
"Media yang tanya, orang lain tak tanya," katanya kepada pemberita hari ini.
Manogaran
yang telah tiga kali mencuba nasib di kerusi tersebut berkata demikian
kepada pemberita selepas melawat penduduk di kawasan tersebut hari ini.
Beliau yang menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa berkata, akan kekal dengan kenyataannya sebelum ini.
Katanya, beliau akan memberi penjelasan yang sama sekiranya beliau ditanya mengenai perkara itu oleh penduduk ketika berkempen.
"Kita (PH) amat prihatin dan saya mahu semua penduduk dan pengundi buang undi dengan sukarela," katanya.
Sebelum ini, beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen PH Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.
Gambar
yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron
Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai
baju sama.
Namun, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai Arvind Bharet tampil menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberikan bayaran balik untuk kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon.
Sebaliknya, Manogaran berkata penduduk lebih bimbangkan isu tempatan.
"Saya rasa tak (jejaskan kempen). Kita telah beri penerangan tentang ini ia tak jejaskan sebab saya merata-rata tempat saya jalan tak ada orang tanya.
"Media yang tanya, orang lain tak tanya," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau yang menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa berkata, akan kekal dengan kenyataannya sebelum ini.
Katanya, beliau akan memberi penjelasan yang sama sekiranya beliau ditanya mengenai perkara itu oleh penduduk ketika berkempen.
"Kita (PH) amat prihatin dan saya mahu semua penduduk dan pengundi buang undi dengan sukarela," katanya.
Sebelum ini, beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen PH Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.
Namun, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai Arvind Bharet tampil menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberikan bayaran balik untuk kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan