Khamis, 17 Januari 2019

Suatu tindakan tidak manis, tidak harmonis, malah provokatif.

Oleh Zin Mahmud



Aku rasa sebab ada orang Melayu marah pada salib besar bukan sebabnya takut akidah tergugat.

Bukan takut. Tetapi orang Melayu berasa tercabar dengan lambang agama bukan Islam. 

Ini kerana lambang lambang besar agama bukan islam di Malaysia dianggap sebagai mencabar ketuanan dan keagungan orang Melayu dan agama Islam di negara ini. 

Agama rasmi negara ialah agama islam. Tidak ada lambang-lambang agama lain yang boleh lebih besar daripada lambang islam. 

Aku rasa ini adalah perasaan superiority complex atau inferiority complex orang Melayu dan islam di negara ini. Iaitu bimbang diperkecilkan oleh penganut agama lain. Bukan soal takut akidah tercabar.

Di Switzerland, penduduk majoriti Kristian mengundi menghalang pembinaan menara masjid. 


Ketinggian menara masjid dengan lambang bulan bintang dirasakan mencabar ketuanan budaya dan cara hidup mereka di negara sendiri.

Perbuatan meletakkan lambang-lambang agama bukan agama rasmi lebih besar daripada lambang agama rasmi adalah suatu tindakan tidak manis, tidak harmonis, malah provokatif.
 
 

Tiada ulasan: