Jumaat, 11 Januari 2019

Setpol Kit Siang bantah penahanan pemimpin UMNO ikut Akta Hasutan


Roketkini.com

Peguam Syahredzan Johan membantah penahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam mengikut Akta Hasutan. 

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang itu, ada banyak akta lain boleh digunakan terhadap Lokman.

“Sekiranya benar Lokman Adam ditahan polis di bawah Akta Hasutan, saya bantah penahanan beliau bawah Akta drakonian ini. 

“Ada banyak Akta lain yang boleh digunakan untuk ambil tindakan terhadap Lokman Adam,” katanya yang dikenali lantang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. 

Dalam kenyataan semalam, Pemantau Malaysia Baru berkata Lokman ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan cuba melindungi pembunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. 

Ia bagaimanapun masih belum mendapat pengesahan polis. – Roketkini.com

LIHAT TWITTER DI SINI

 

Tiada ulasan: