Jumaat, 25 Januari 2019

Saya sedia letak jawatan, kata Azhar

Wartawan MalaysiaGazette

Azhar Azizan Harun
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bercakap kepada media selepas membuat lawatan proses semakan isi peti undi dan serahan peralatan kepada petugas SPR sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan bersedia meletakkan jawatan.

Menurutnya, tindakan itu boleh dilakukan sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengannya dan SPR sekarang.

“Tolong beritahu ahli parlimen di kawasan masing-masing dan undi tak percaya kepada saya di Parlimen.

“Saya akan letak jawatan tanpa sebarang syarat sekiranya ada undi itu. Itu janji saya,” ujarnya dalam status media sosialnya hari ini.

Luahan perasaan Azhar atau dikenali sebagai Art Harun itu mungkin ada kaitan dengan pelbagai dakwaan terutama pembangkang yang mempertikaikan kewibawaan SPR di bawah terajunya sejak kebelakangan ini.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: