TANAH RATA: Lebih 90
peratus pengundi awal yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis
dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Selasa.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seramai 247 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam undi awal itu merangkumi mereka yang masih berkhidmat, telah bertukar lokasi kerja, bersara dan meletakkan jawatan atau dibuang kerja.

“Pengundian awal akan melibatkan dua tempat mengundi iaitu di Pusat
Mengundi di Bilik Maklumat Balai Polis Brinchang dan Bilik Maklumat
Balai Polis Sungai Koyan.
“Seramai 232 orang akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang dan 15 orang lagi di Balai Polis Sungai Koyan.
"Dijangkakan lebih 90 peratus pegawai dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka," kata Ashari pada sidang akhbar di Pusat Media PRK Cameron Highlands pada Isnin.
Tambahnya, pihaknya mewajibkan semua pegawai dan anggota polis untuk keluar mengundi dan bagi mereka yang telah bertukar lokasi kerja, mereka juga diberi arahan untuk hadir esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan