Isnin, 14 Januari 2019

‘PH tak apa sebab mereka suci’

siti hafidad

UMNO Bandar Tun Razak sindir 'salah laku' PH


BANGI – “Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.

Demikian sindiran Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berhubung gambar seorang petugas Pakatan Harapan (PH) dipercayai mengagih wang kepada masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands tular di media sosial.

Terdahulu, beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).

Susulan itu, ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga tindakan laporan polis daripada beberapa pihak.

PH bagaimanapun menafikan pemberian itu adalah sogokan, sebaliknya mendakwa ia adalah duit minyak bagi petugas mereka.


Calon PH Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, hari ini pula berkata, pemberian wang itu dikira sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen pilihan raya berkenaan.

Menulis di Facebook hari ini, Adnan berkata, banyak lagi bagi penyokong tegar PH yang Barisan Nasional (BN) tidak patut buat dan akan dikutuk habis-habisan, sedangkan apabila PH yang lakukan, penyokong tegarnya ada yang senyap malah mempertahankannya.

“Bagi wang ketika pilihan raya ini – BN sahaja tak boleh ianya rasuah tetapi PH tak apa mereka suci.
“Lantikan politik saudara mara dalam GLC atau agensi kerajaan – BN sahaja tak boleh ianya salah guna kuasa tetapi PH tak apa mereka suci.

“Guna aset, jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti dan kempen – BN sahaja tak boleh sebab ianya salah guna tetapi PH tak apa sebab mereka suci,” sindirnya


Tiada ulasan: