Ahad, 20 Januari 2019

PH cakap tak serupa bikin, guna jentera k'jaan - KJ



   
PRK CAMERON | Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran Pakatan Harapan yang tidak dapat mengamalkan apa yang selalu dituntutnya, susulan dakwaan kenderaan jabatan kerajaan digunakan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil ini.

Khairy yang sedang berkempen di kawasan kerusi parlimen Cameron Highlands berkata beliau kesal dengan dakwaan terhadap kenderaan yang dikatakan milik Jabatan Perhutanan itu.

"Saya sangat kesal sebab sebelum ini PH banyak tuduh BN menggunakan jentera kerajaan

"Tetapi sekarang rakyat boleh lihat PH sendiri yang cakap tak serupa bikin.

"Contoh terbaru ialah kenderaan jabatan hutan digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya dibalut dengan bendera PH.

"Ini tak termasuk lawatan menteri sempena PRK dengam alasan kebetulan atau dirancang awal.

"Termasuk Mat Sabu datang guna jentera ATM.

"Apa yang mereka tuduh BN selama ini guna jentera kerajaan, mereka yang amalkan lebih teruk lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini.

PHD Raub

Kritikan MP Rembau susulan gambar yang dikongsikan bekas perdana menteri Najib Razak menunjukkan kenderaan pacuan empat roda bertulis "PHD Raub" di belakangnya dan logo Pakatan Harapan di kedua-dua pintunya.

Pada hantaran Facebook yang dikongsikan 24,000 kali dalam masa empat jam, bekas perdana menteri menyindir kerajaan PH kerana menggunakan jentera kerajaan.

"Kereta ini milik Jabatan Hutan Daerah ke?

"Model apa ini? Nampak ok.

"Saya fikir nak test-drive lah. Pandu 4×4 feel dia lain sikit kan?" Kata hantaran itu. 

Malaysiakini cuba mendapatkan maklum balas pemimpin PH mengenai dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan menafikan Mohamad Sabu menggunakan aset tentera dalam kempen PH di Cameron Highlands, berkata menteri tersebut dalam rangka kerja lawatan rasmi ke Kem Slim pada 9 Januari lalu.

Menteri pertahanan dituduh menaiki helikopter tentera pada hari penamaan calon selepas gambar beliau berjalan keluar dari helikopter tersebar di media sosial.

LIHAT FB DI SINI
LIHAT VIDEO DI SINI 



Tiada ulasan: