Jumaat, 18 Januari 2019

Petrol naik enam sen, diesel naik 12 sen

Norlaile Abd Rahman

xMGF04012019_MINYAK09-681x454
foto SYAFIQ AMBAK, 04 JANUARI 2019


KUALA LUMPUR – Harga runcit RON 95 dinaikkan sebanyak enam sen kepada RM1.98 seliter dan RON97 juga dinaikkan sebanyak enam sen menjadikannya RM2.28 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 25 Januari.

Harga diesel pula dinaikkan sebanyak 12 sen seliter kepada RM2.17 berbanding RM2.05 sebelum ini.

Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan itu adalah berikutan produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend meningkat kepada AS$63 setong berbanding minggu sebelumnya iaitu AS$60 setong.

Manakala diesel pula meningkat kepada AS$72 setong berbanding AS$68 setong sebelum ini. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: