CAMERON HIGHLANDS: Hari ini bakal berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands.
Lokasinya di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.
Jika segalanya berjalan lancar, pengumuman rasmi calon bertanding akan dibuat pada jam 11 pagi.
Sembilan borang pencalonan sudah dibeli, bermakna ada kemungkinan pertarungan sembilan penjuru pada hari pengundian 26 Januari ini.
BACA: PRK Cameron Highlands: SPR siar proses pengiraan undi di media sosial
BACA: PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan
Namun, setakat Jumaat, hanya tiga calon yang mengesahkan bakal bertanding, iaitu Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, wakil Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Noor dan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018 terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan