PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menjelaskan pelantikan Datuk Jamil Rakon sebagai Ketua Pengarah Jabatan
Imigresen Malaysia sebelum ini di luar pengetahuannya.
Beliau memberitahu, pelantikan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa memaklumkan kepadanya.
Menurut beliau, kebiasaannya JPA akan meminta pandangan Menteri jika berlaku kekosongan di kementerian sekiranya memiliki nama yang ingin dicadangkan.
“Sebenarnya saya tidak diberitahu tentang lantikan itu dan biasanya kalau ada berlaku kekosongan dalam kementerian sama ada agensi, menteri diberitahu tentang kekosongan.
“Lepas itu diminta kalau saya ada apa-apa nama yang saya hendak cadang maka saya kemukakan.
“Itu pandangan daripada saya dan saya tak tahu ada pegawai lain oleh JPA. Itu luar dari makluman saya dan bila saya kemuka nama baharu mereka setuju. Dengan nama itu, jadi bagi saya tidak jadi masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikementeriannya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pelantikan Datuk Khairul Dzaimee Daud sebagai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Pengumuman itu dibuat Ketua Setiusaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam.
Pelantikan itu menimbulkan tanda-tanya kerana pada 4 Januari lalu, KDN bersetuju dengan pelantikan Jamil sebagai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu menggantikan Datuk Seri Mustafa Ali yang bersara wajib.
Alwi turut mengumumkan Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN selepas mengambil kira pengalaman luasnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam serta pembangunan yang diperlukan bagi memperkasa tadbir urus kementerian. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan