GLOBAL | Parti Buruh United Kingdom cuba melobi
kerajaan negara itu menentang keputusan Malaysia menyekat atlet
Israel untuk kejohanan di Sarawak Julai ini.
Memetik Huffington Post, The
Time of Israel melaporkan timbalan ketua parti itu Tom Watson menulis kepada setiausaha luar Jeremy
Hunt dengan menyifatkan tindakan Malaysia tidak adil dan tidak boleh
diterima.
Watson juga menyifatkan tindakan itu
sebagai diskriminasi dan bertentangan dengan misi Jawatankuasa
Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Parti Buruh juga mahu kerajaan British
menekan pesuruhjaya tinggi Malaysia di London untuk menukar keputusan
itu, kata Watson kepada Hunt.
“Jika kerajaan Malaysia enggan
berbuat demikian, saya harap kamu dapat memanggil IPC dan Renang Para
Dunia untuk menukar kejohanan itu ke negara yang ideal untuk
pergerakan Olimpik yang membenarkan atlet Israel mengambil bahagian,”
katanya.
Canselor Republik Austria Sebastian
Kurz hari ini turut membantah sekatan Malaysia dengan berkata
antisemitisme tidak boleh diterima.
Kritikan itu dibuat ketika Dr Mahathir
dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Austria untuk menghadiri dua
forum antirasuah.
Bagaimanapun, ketika dibidas pemimpin Barat dan Israel sendiri, keputusan Malaysia dihargai oleh rakyat Palestin yang mengibarkan Jalur Gemilang di sebuah stadium di Gaza.
Malah, dipamerkan juga ucapan terima
kasih yang menentang hubungan dengan Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan