Bekas Ketua Menteri Sabah boleh dirawat di dalam negara
KUALA LUMPUR
– Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman perlu memulangkan semula
pasportnya kepada Mahkamah Sesyen selepas Mahkamah Tinggi hari ini
mengetepikan arahan Mahkamah Sesyen yang membenarkan beliau mendapatkan
semula pasport sementaranya untuk mendapatkan rawatan di Singapura dan
London.
Hakim
Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan
permohonan pendakwaraya agar dikaji semula perintah itu yang dibuat oleh
hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang membenarkan Musa, 68,
dibebaskan pasport antarabangsanya daripada ditahan bagi membolehkan
beliau mendapatkan rawatan ke luar negara.
Dalam
penghakimannya, Mohd Zaini berkata, adalah tidak dipertikaikan bahawa
Musa mengalami beberapa penyakit sebaliknya koronori semulajadi sahaja
di samping tiada cadangan oleh tertuduh yang beliau hanya boleh dirawat
di Singapura dan United Kingdom, London sahaja.
“Isu
berkaitan di sini ialah sama ada beliau perlu diberi kebebasan untuk
mendapatkan rawatan dan ujian di luar negara. Tidak terdapat cadangan
oleh tertuduh bahawa beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan United
Kingdom. Ia bergantung kepada beliau untuk menunjukkan bahawa dia
memerlukan perhatian perubatan khas yang mana tidak terdapat di negara
ini.
“Pada
fikiran saya, tertuduh hanya mahu dirawat oleh doktor pilihan beliau.
Andaiannya ialah beliau boleh dirawat dalam negara dan penyakit yang
dialaminya boleh dirawat oleh doktor dalam negara.
Malahan surat-surat
yang dikemukakan dalam afidavit menunjukkan rumusan yang sama,” katanya.
Hakim
berkenaan seterusnya berkata, dalam melaksanakan semakan kuasa, beliau
sepatutnya berpuashati dengan pembetulan, perundangan atau kewajaran
perintah yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen dan isu utamanya ialah
pembetulan kepada perintah berkenaan.
Mohd Zaini
berkata, perintah yang dibuat itu tidak betul kerana pada pandangan
beliau, hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk menghargai sepenuhnya
kenyataan itu.
“Kenyataan
bahawa pasport beliau (Musa) diarah supaya diserahkan apabila jaminan
kali pertama ditetapkan, bermakna beliau adalah satu risiko untuk
melakukan penerbangan, dan ada keperluan untuk membendung kebebasan
pergerakan untuk penerbangan di luar negara,” katanya bagi pembatalan
arahan Mahkamah Sesyen itu.
Hakim itu
turut menjelaskan bahawa mengikut kes-kes lepas bahawa kebebasan
pergerakan seseorang tertuduh yang menghadapi tuduhan jenayah adalah
terikat, lebih-lebih lagi apabila pertuduhan adalah serius seperti kes
yang ini.
“Perlu ada syor sebab yang menyakinkan, sebelum tertuduh boleh dibenar ke luar negara. Ini tidak berlaku dalam kes ini.
“Oleh itu,
saya mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 7 Januari, 2019.
Namun syarat bagi jaminan asal akan dikekalkan,” katanya.
Dengan perintah ini, Musa perlu memulangkan semula pasport beliau kepada Mahkamah Sesyen hari ini.
Timbalan
pendakwaraya awam, Datuk Salim Shoib mewakili pendakwaan manakala peguam
Amer Hamzah Arshad dan Ridha Abdah Subri mewakili Musa.
Semalam,
Salim memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengkaji semula keputusan
Mahkamah Sesyen pada 7 Januari, yang membenarkan permohonan Musa agar
pasportnya tidak ditahan untuk membolehkan beliau mendapatkan rawatan ke
London.
Salim
dalam hujahnya berkata asas untuk mendapatkan rawatan di luar negara
yang digunakan oleh Musa, bagi diserahkan pasport adalah bukan sesuatu
yang istimewa, tidak kukuh dan tidak memaparkan kecemasan.
Pada 7
Januari, Rozina membenarkan permohonan Musa bagi pasportnya tidak
ditahan dari 15 Januari hingga 10 Februari dengan syarat ahli politik
Sabah itu akan hanya boleh pergi ke Singapura dan London sahaja.
Beliau
juga memberi arahan agar Musa memulangkan semula pasportnya
selewat-lewatnya pada 11 Februari dan menambah kata, jaminan itu pula
diperlukan sebagai akuan kepada tertuduh dan bagi mengetahui di mana dia
berkata dalam tempoh itu.
Pada 5
November, 2018, Musa minta dibicarakan atas 35 pertuduhan rasuah
membabitkan US$63.3 juta (RM263 juta) melibatkan kontrak konsesi balak
di Sabah. Dia dibenar ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan