Ahad, 13 Januari 2019
Menteri pantau harga guna 'remote control', sindir Najib
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung harga ikan kembung.
Sindir Najib, Saifuddin tegas menyatakan bahawa harga ikan kembung cuma RM11.90 satu kilogram, bukan setinggi RM22 satu kilogram sepertimana yang beliau perhatikan semalam.
"Dia (Saifuddin) pantau guna 'remote control'. Tapi jelas tersesat pantau.
"Ada netizen baik hati 'back-up' saya. Terima kasih Abang Riz," kongsinya di Facebooknya hari ini.
Saifuddin sebelum itu ditwitternya berkata, Najib yang turun padang semalam mendapati harga ikan kembung di kompleks Muhibah Kampung Pandan berharga RM22 sekilo.
Bagaimanapun kata Saifuddin, menerusi semakan data dikumpul oleh pegawai pemantau harga (PPH) menerusi aplikasi @mykpdnhep Price Catcher, harga ikan kembung sekilo tidak seperti yang digambarkan.
Twitter Saifuddin kemudiannya diciap seorang individu bernama Abang Riz yang menafikan kenyataan Saifuddin tersebut, sekaligus 'membela' Najib.
"Saya telah melakukan pemeriksaan melalui Apps price cather, harga yang tertera memang seperti yang dilaporkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Nampak gayanya YB Najib bukan omomg kosong, ia benar. Cuma Kompleks Muhibbah, Kg Pandan (Titiwangsa) tiada dalam senarai Apps," ciapnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan