Operasi mengeluarkan kereta berdepan kesukaran cuara, arus laut
GEORGE TOWN
– Mayat mangsa dalam kemalangan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV)
yang terhumban ke dalam laut Ahad lepas ditemukan dalam keadaan masih
sempurna biarpun terperangkap di dalam kenderaan itu hampir tiga hari.
Ketua
Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, mayat yang
dikenalpasti sebagai pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20 tahun masih
berada di tempat duduk pemandu kenderaan itu selepas ianya berjaya
dikeluarkan dari laut kira-kira pukul 6.00 petang tadi di Kilometer 4,
Jambatan Pulau Pinang di sini.
“Kereta
remuk teruk akibat kemalangan, namun (keadaan) fizikal mangsa masih
sempurna dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang,” katanya
ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya,
mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses
bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.
Katanya,
operasi untuk mengeluarkan kenderaan itu mengambil masa selama tiga hari
dan berdepan beberapa kesukaran yang antaranya termasuk cuaca dan arus
laut yang deras.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan