Selasa, 22 Januari 2019

KJ bidas tweet ‘bermotif politik’ kementerian kewangan

MALAYSIAKINI

   

Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di akaun Twitter rasmi kementerian itu berhubung hutang kerajaan negeri Pahang.

Ahli Parlimen Umno itu berkata adalah jelas bahawa kenyataan itu berkaitan dengan pilihan raya kecil Cameron Highlands.

"Kenyataan media rasmi biarlah profesional. Jelas sangat bermotif politik sebab PRK Cameron Highlands.

"Pakai akaun media sosial@dapmalaysia kalau nak buat kenyataan politik," kata Khairy.

Dalam kenyataan Lim yang dihantar semalam, beliau mempersoalkan keupayaan kerajaan negeri Pahang untuk melaksanakan pembangunan apabila negeri itu dibebani hutang sebanyak RM3.2 bilion pada tahun 2018, yang merupakan tertinggi di negara ini.

Ia juga menyatakan bahawa kerajaan negeri yang dikuasai BN telah mengumumkan kedudukan Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Pahang secara terkumpul adalah negatif RM228 juta pada akhir tahun 2017.

Minggu lalu, Lim mengundang kemarahan orang ramai apabila beliau menggesa para pengundi di Cameron Highlands untuk menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya 26 Januri jika mereka mahu memastikan pembangunan di kawasan mereka.

Setiausaha Agung DAP itu kemudiannya mendakwa kenyataannya diambil luar dari konteks.

Menurut Lim pembangunan di Pahang mungkin terjejas jika tidak ada wakil kerajaan persekutuan di Cameron Highlands.

Sementara itu, Khairy juga mengimbas kembali bagaimana kerajaan persekutuan BN pernah membantu menjelaskan hutang Pulau Pinang berjumlah RM655 juta semasa Lim adalah ketua menteri.

 Jadi tidak ada alasan untuk Lim menjadi bongkak sekarang berhubung hutang kerajaan negeri Pahang, katanya.

LIHAT TWITTER DI SINI


Tiada ulasan: