Isnin, 14 Januari 2019

Kenaikan tarif air: Kerajaan DAP beri alasan perlu dana biayai projek

tyrazalhe

Kerajaan DAP negeri beri alasan cadangan pelaksanaan projek bekalan air oleh PBAPP memerlukan kos sehingga RM501 juta untuk tempoh tiga tahun



BANGI – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menjadikan projek bekalan air oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sebagai alasan untuk menaikkan tarif bahan mentah itu.

Pengumuman rancangan itu dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini, dalam kenyataannya kepada media.

Cadangan menaikkan tarif air di negeri itu sebelum ini mendapat bantahan penduduk dan parti pembangkang, yang menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkir janji sekali lagi, apabila terus membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Sebelum ini, kerajaan negeri membayangkan kadar tarif air di negeri ini mungkin dinaikkan sehingga 20 peratus atau lebih seiring dengan penstrukturan semula industri air yang diumumkan Kerajaan Pusat.

Dalam kenyataannya Chow berkata, PBAPP merancang melabur RM501 juta dalam projek bekalan air negeri berkenaan, bagi tempoh tiga tahun sehingga 2021.

Katanya, pelaburan itu perlu untuk membiayai beberapa projek bekalan air membabitkan saluran paip berkembar dasar laut Butterworth-Pulau Pinang; skim penyaluran air mentah Sungai Perak (SPRWTS) dan menaik taraf kemudahan rawatan air sedia ada.

Beliau berkata, jumlah berkenaan turut meliputi projek saluran paip baru dan penggantian saluran paip serta pengurusan air tanpa hasil (NRW).

“PBAPP memohon semakan tarif air di Pulau Pinang hanya untuk membiayai projek kejuruteraan bekalan air yang penting untuk masa depan.

“Sekiranya semakan tarif diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, semua hasil tambahan dari kajian tarif air akan dilaburkan semula ke dalam projek-projek di Pulau Pinang untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Kon Yeow berkata, PBAPP memerlukan dana yang mencukupi untuk merealisasikan projek kejuruteraan bekalan air negeri untuk masa depan.


Tiada ulasan: