'SUMBANGAN besar’ kelab
malam kepada masyarakat dan negara mutakhir ini seharusnya menjurus
kepada tindakan untuk menutup atau setidak-tidaknya mengurangkan jumlah
sedia ada di seluruh negara. Ternyata saban hari dilaporkan
berkembangnya pelbagai ‘industri’ di premis tersebut yang terangkum
bukan sahaja dalam sektor noda, dosa dan jijik, bahkan juga jenayah.
Malah, selaras semangat Malaysia Baharu
dan hasrat mengangkat konsep Maqasid Syariah sebagai dasar pentadbiran,
gaya hidup kuno dari budaya kelab malam mestilah dibersihkan dari
tamadun hidup rakyat Malaysia. Barulah perubahan yang dilaungkan dan
slogan “Rahmatan Lil ‘Alamin” akan dapat diusaha jayakan. Jika tidak, ianya kekal sebagai retorik dan lakonan sahaja.
Malangnya, sehingga hari ini, tidak
dilihat Kerajaan PH yang sedang menerajui pemerintahan negara komited
atau mempunyai pendirian jitu untuk menangani perkara tersebut.
Sebaliknya, secara khusus di Ibu Negara yang kini direkodkan mempunyai
627 premis hiburan berlesen itu, seakan dipayungi dengan baik daripada
pihak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad sendiri.
Ketika pihak Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) berusaha menghadkan operasi premis berkenaan setakat jam 1
pagi, Khalid pula dilihat tunduk dan akur dengan tuntutan desakan para
pengusaha premis maksiat dan munkar itu. Apakah keizinan masa
operasi yang dilesenkan itu kerana terselindung kepentingan politik
tertentu atau merasa perolehan dan hasil dari kelab malam sebagai
‘keuntungan’?
Sudah tiba masanya juga untuk kerajaan
meminda akta dan peraturan berkaitan yang lebih tegas dan ketat bersama
penguatkuasaannya. Selain itu mengadakan usaha-usaha pendidikan ke arah
gaya hidup lebih sihat dan memperkenalkan bentuk hiburan berakhlak untuk
negara. Kami mengajak semua pihak sama-sama mengubah perkara ini dan
membina masa depan positif untuk Malaysia.
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
“Iltizam Bersama Islam”
*USTAZ MOHD FARKHAN MD ZIN
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY
Apakah Khalid sengaja membutakan mata
terhadap statistik dari pelbagai operasi penguatkuasaan yang mencatatkan
kes berkait dadah, pelacuran, perjudian, kongsi gelap, bunuh dan banyak
lagi. Malah mewujudkan pelbagai masalah ‘hiliran’ lain seperti bunuh
diri, mabuk, pergaduhan, zina, pembuangan anak, perceraian, serta
pelbagai penyakit yang tidak terhitung banyaknya.
Kompromi songsang dibenarkan Khalid itu
sebenarnya membuka ruang kesempatan dan manipulasi oleh kelicikan pihak
berkaitan untuk ‘memodenkan dan memajukan’ lagi kegiatan mereka. Ianya
akan menjadi rangsangan dan menyuburkan lagi aktiviti seumpama
sebagaimana dapat dilihat kini terdapat semakin banyak kelab malam,
kedai judi dan arak di Pulau Pinang.
Semua ini harus segera dilenyapkan agar
tidak terus menjadi kegiatan perniagaan dan budaya masyarakat. Kerana
terbukti di sana membiaknya pelbagai masalah yang sukar diubah, selain
membawa kerugian dan malapetaka kepada banyak pihak. Hanya segolongan
kecil sahaja yang untung dan kami berharap kerajaan tidak ‘bersekongkol’
kecuali memiliki saham bersama.
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
“Iltizam Bersama Islam”
*USTAZ MOHD FARKHAN MD ZIN
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan