Rabu, 9 Januari 2019

'DAP sedia berdepan dengan siapa pun, termasuk Umno'

 
 
PRK CAMERON l Spekulasi calon Umno akan bertanding bagi menggantikan MIC dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands tidak memeranjatkan DAP.
 
Malah, penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan pihaknya sedia berdepan dengan siapa sahaja calon yang dikemukakan parti bertanding pada 26 Januari ini.
 
"Kita akan lawan siapa sahaja yang bertanding," katanya kepada Malaysiakini.
 
Lim juga turut mengecam MIC ekoran laporan parti itu tidak akan bertanding di kerusi tradisional Cameron Highlands dan membenarkan kepimpinan BN untuk menentukan calon gabungan itu yang akan bertanding pada PRK Cameron Highlands serta membenarkan anggota majlis tertinggi Umno Noh Omar bercakap bagi pihaknya.
 
"Sejarah macam telah dibuat, kerana ini adalah kali pertama kepimpinan nasional MIC melantik seorang pemimpin Umno untuk menjadi juru cakapnya," katanya dalam satu kenyataan.
 
Lim memberi berkata demikian mengulas kenyatan Noh bahawa peluang BN mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands akan menjadi lebih besar jika gabungan itu meletakkan calon Umno
 
Kata Noh, berdasarkan situasi semasa di mana calon Umno akan menambah keyakinan kerana terdapat jumlah pengundi Melayu yang besar di kerusi parlimen itu.
 
Mengulas lanjut, Lim turut mempersoalkan adakah MIC akan kembali menjadi rakan kompenan BN.
 
"Jika MCA menyokong MIC pada calon BN untuk Cameron Highlands yang tinggal dari MIC, maka Umno akan keluar 2-1 dalam majlis tertinggi BN.
 
"Tetapi adakah MCA berani dengan MIC terhadap Umno? Adakah Umno menjalankan kuasa veto rahsia dalam majlis tertinggi BN?soalnya.
 
Malaysiakini semalam melaporkan pemangku presiden Umno Mohamad Hasan turut disenaraikan sebagai calon yang berpotensi.
 
Malaysiakini juga difahamkan bahawa nama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan seorang pemimpin Orang Asli, yang juga bekas pegawai kanan polis, turut disenaraikan sebagai antara calon untuk kerusi parlimen Cameron Highlands.
 
BN dijangka mengumumkan calonnya pada Khamis ini di Hotel Seri Pacific, yang terletak bersebelahan dengan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.
 
Umno berharap dapat memanfaatkan sejumlah besar pengundi Melayu di Cameron Highlands untuk mengekalkan penguasaan BN di kerusi berkenaan.
 
Daripada 32,048 pengundi berdaftar di Cameron Highlands, 34 peratus adalah orang Melayu, 30 peratus Cina, 22 peratus lagi dan 15 peratus India.
 
Pada pilihan raya umum lalu, naib presiden MIC C Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru, mengatasi M Manogaran dari DAP dengan kelebihan kira-kira 600 undi.
 
November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan itu atasan alasan berlaku amalan rasuah dan memutuskan bahawa pilihan raya diadakan semula.
 
Pakatan Harapan telah menamakan Manogaran sebagai calonnya.


Tiada ulasan: