Ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho menyangkal laporan Wall Street Journal
yang mendakwa dia mempunyai peranan dalam membantu urusan dengan China
untuk menyelamatkan 1MDB pada 2016 sebagai pertukaran mendapatkan
kontrak lumayan.
"Laporan terbaru Wall Street Journal itu hanyalah kesinambungan percubaan perbibicaraan media oleh Mahathir.
"Artikel itu hanya separuh daripada kebenaran, bercampur dengan fiksyen, untuk mencipta berita yang mengelirukan dan berlebihan yang dilancarkan oleh rejim Mahathir yang muflis secara moral untuk tujuan politiknya," kata kenyataan itu.
Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, berkata dakwaan dalam artikel itu tidak berasas dan bermotif politik.
"Dakwaan yang luar biasa dan serius itu memerlukan bukti yang luar biasa dan rejim Mahathir gagal memberikan sebarang bukti yang sah untuk menyokong tuduhan bermotifkan politik.
"Adalah menjadi tanggungjawab kewartawanan Wall Street Journal untuk menangani dakwaan seumpama itu dengan keraguan dan wasangka, dan adalah malang bahawa tuduhan politik yang tidak berasas itu dianggap sebagai laporan yang sah," katanya.
Bekas perdana menteri Najib Razak dan kedutaan China di Malaysia juga menafikan dakwaan dalam artikel itu.
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata bahawa kabinet sebelumnya di bawah Najib tidak tahu bahawa urusan projek dengan China adalah untuk menyelamatkan 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan