Isnin, 14 Januari 2019

Bekas ahli PKR kritik baju anak Guan Eng dakwa mangsa dendam politik

Tan Tee Beng menunjukkan notis polis yang memintanya hadir 
ke Balai Polis Tanjung Tokong.

GEORGE TOWN: Seorang bekas ahli parlimen PKR melahirkan syak bahawa beliau dijadikan sasaran pendakwaan terpilih selepas notis yang dikeluarkan terhadapnya kerana menggunakan telefon tanpa kord yang tidak patuh syarat dan disiasat polis berhubung kiruman Facebook di mana beliau mempersoalkan pemilihan pakaian anak seorang menteri.

Bekas ahli Parlimen Nibong Tan Tee Beng berkata telefonnya turut dirampas, mengatakan ia terlalu kebetulan dan menjadi mangsa “dendam politik”.

Katanya, ketika beliau bersama PKR dari 2008 hingga 2010, beliau mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah dikenakan sebarang siasatan.

“Lihat, saya tidak mempunyai pengalaman mengendalikan perkara ini,” kata Tan yang keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga tamat penggalnya pada 2013, dalam satu sidang akhbar hari ini.

“Saya hanya boleh merasakan dendam politik. Apa lagi kalau bukan ia? Sepertinya saya menyinggung perasaan seseorang yang tidak boleh disinggung.”

Lelaki berusia 46 tahun itu, baru-baru ini dipanggil polis berhubung laporan terhadapnya selepas membuat catatan Facebook berkaitan anak Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam catatannya, Tan mempersoalkan anak Lim memakai jaket musim panas sedangkan ahli akar umbi DAP sibuk menjual surat khabar parti, The Rocket.

Beliau juga berkongsi gambar Lim dan keluarganya dalam penerbangan ke Australia, di mana pengguna media sosial memuji menteri itu yang menggunakan perjalanan kelas ekonomi. Dalam gambar itu, anak lelaki Lim dilihat memakai apa yang kelihatan seperti jaket Givenchy.

Ia disertakan dengan tangkapan skrin kedai atas talian untuk pakaian berjenama yang meletakkan jaket Givenchy pada harga £1,180 atau RM6,208. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada jaket yang dipakai anak Lim itu adalah sebenarnya Givenchy.



Pada sidang media hari ini, Tan berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Putrajaya, yang juga asisten superitenden, merampas telefon bimbitnya yang digunakan untuk mengemas kini akaun Facebook.

Beliau berkata pegawai itu memberi jaminan telefonnya akan dikembalikan sebaik sahaja siasatan forensik dilakukan pada peranti itu.

Walaupun polis tidak mendedahkan nama pengadu, katanya, laporan itu difailkan di Putrajaya.

“Saya mempunyai mesej kepada pengadu,” katanya. “Tolong jangan gunakan sumber polis untuk menghentikan hak saya bercakap. Saya seorang warganegara biasa. Saya yakin polis mempunyai isu jenayah yang lebih serius untuk disiasat.

“Saya juga ingin tanya pengadu jika kiriman Facebook saya menghina atau memfitnah, atau menjejaskan reputasi anda. Saya tidak pernah mempersoalkan keupayaan untuk membeli jaket, saya hanya meminta agar kebajikan akar umbi DAP dijaga.

“Bertindak seperti seorang lelaki. Kenapa awak bersembunyi? Mengapa anda menggunakan pihak berkuasa untuk siasat saya? Keluarlah dan ceritakan apa yang salah dan saya akan memohon maaf jika saya salah, atau anda terus menghalang saya dari bercakap, saya akan lawan,” katanya.

Tan berkata beliau juga bimbang mengenai telefon bimbitnya, yang tidak mempunyai kata laluan atau kunci cap jari, yang akan disalah guna dan kemudian digunakan untuk menyalahkannya.

Beliau menambah privasinya dilanggar kerana telefonnya mengandungi banyak butiran termasuk nombor akaun bank dan foto keluarga.

Tiada ulasan: