Monday, April 2, 2018

Dr. Boo Cheng Hau Penghalang Misi DAP Tawan Johor

 
 



Bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dikatakan sebagai faktor penghalang terhadap cita-cita DAP untuk menawan negeri Johor.

Ini kerana DAP dikatakan sedang menyusun strategi dengan memindahkan tokoh-tokoh parti itu bertanding di Parlimen dan DUN yang disasarkan, namun Boo enggan akur dengan perancangan tersebut.

Menurut portal pro-DAP, Malaysiakini, Boo enggan meninggalkan DUN yang pernah dimenanginya pada PRU 13, DUN Sekudai untuk berpindah ke kawasan Parlimen Labis.

Apabila ditanya, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mengesahkan kepimpinan pusat parti telah menawarkan kerusi Labis kepada Boo.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Boo akan dibenarkan kekal di Skudai setelah enggan berpindah kerusi ke parlimen.

Boo memberitahu portal itu bahawa beliau tidak akan meninggalkan DUN Sekudai kerana merasakan ia merupakan satu pengabaian kepada pengundi-pengundi yang memenangkannya pada PRU 13.

“Selain Skudai, saya tidak berhasrat bertanding di kawasan lain untuk elak penduduk rasa mereka diabaikan.

“Saya beritahu penduduk yang saya akan terus melayani mereka kerana mereka mengundi saya di DUN. Saya akan lakukan khidmat terbaik.

“Saya tidak berharap untuk pergi Labis dan saya tidak menerima sebarang tawaran rasmi,”katanya



Menurut Boo, beliau tidak layak bertanding di Parlimen Labis bagi menentang Naib Presiden MCA, Chua Tee Yong kerana beliau tewas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP tahun lepas dan ditewaskan juga dalam jawatankuasa DAP negeri.

Katanya, beliau kini hanya seorang angota biasa dan anggota jawatankuasa cawangan.

“Ia akan jadi satu jenaka jika saya mencabar Chua begini. Saya percaya pimpinan parti harus menghantar pemimpin yang lebih layak menentang Chua,” katanya ketika dihubungi.

Pola pengundian mengikut kaum di DUN Sekudai adalah Cina 65.48%, Melayu 22.07% dan India 12.26%.

Sementara itu, penyokong Boo mempertikaikan keputusan parti mahu memindahkan Tan Hong Pin bertanding di DUN Sekudai sedang beliau merupakan ADUN Mengkibol.

Tan dilaporkan merupakan bekas pembantu Boo yang berpaling tadah menyokong Liew sebagai Pengerusi DAP Johor.

“Mengapa kamu hantar Tan datang ke Skudai? Bukankah ini namanya murid melawan cikgu, yang oleh itu akan memecahkan parti?” kata penyokong Boo yang tidak dinamakan.
Seperti Boo, Tan juga keberatan untuk meninggalkan DUN Mengkibol.

“Saya ada peraturan tidak Bertulis dengan Liew. Salah seorang daripada kami akan kekal di Kluang. Saya telah jaga Mengkibol selama lima tahun dan malah berpindah ke sini. Saya telah membina perhubungan yang erat di Kluang dan dapat rasakan sokongan di sana.

“Kehadiran saya di Mengkibol akan membantu parti mengukuhkan Kluang. Tanpa menghiraukan sama ada mana-mana calon baru atau pemimpin luar diturunkan di sini, saya boleh memainkan peranan (dalam memastikan kemenangan),” kata Tan.

Sekiranya Tan mahu berpindah, DUN Mengkibol akan diberikan kepada muka baru, Johnson Chew Chong Sin (evangelis).

Pola pengundian di DUN Mengkibol adalah Cina 61.40%, Melayu 25.50% dan India 12.98%
DUN Mengkibol salah satu DUN di bawah Parlimen Kluang yang disandang Pengerusi DAP Johor, Liew Ching Tong.

Bagaimanapun, Liew telah diumumkan berpindah ke kerusi parlimen Ayer Hitam menentang timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Disebabkan Boo enggan berpindah ke Parlimen Labis, difahamkan pucuk pimpinan DAP sedang mempertimbangkan untuk meletakkan ADUN Senai, Wong Shu Qi (evangelis) di kerusi parlimen berkenaan.

Labis adalah kerusi campuran yang memiliki 44.96 peratus Cina, 37.98 peratus Melayu dan 14.66 peratus pengundi India, mengikut senarai daftar pemilih terbaru.

Bagaimanapun sumber lain melaporkan Wong bakal bertanding di Parlimen Kulai, kerusi yang ditinggalkan seorang lagi evangelis DAP, Teo Nie Ching.



Dalam usaha menawan Johor, Teo juga bakal bertanding di DUN Yong Peng selain mempertahankan Parlimen Kluang yang sebelum ini dimenangi Liew.

Manakala, seorang lagi evangelis DAP Yeo Bee Yin yang sebelum ini ADUN DAP Damansara Utara Selangor, telah diumumkan bertanding di Parlimen Bakri, Johor.

Yeo yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata DAP akan menumbangkan tokoh-tokoh MCA dalam PRU 14.

“Kami menjalankan enam kempen. Pertama mengalahkan (Presiden MCA) Liow Tiong Lai di (Parlimen) Bentong, atau membantu kami mencetak lebih banyak risalah tentang 1MDB (dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd) supaya kami dapat memberikannya kepada orang-orang di kawasan luar bandar.

“Bantu kami untuk mengalahkan (Naib Presiden MCA) Chua Tee Yong di Labis, kalahkan (timbalan presiden MCA) Wee Ka Siong di Ayer Hitam, jatuhkan BN di Cameron Highlands, atau membiayai kempen kami untuk lagu tema,” kata Yeo dalam sidang media Ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur.

No comments: