SHAH ALAM: PAS akan terus relevan untuk kumpulan konservatif seperti di
Amerika Syarikat, Jerman dan Turki, kata Wan Saiful Wan Jan.
Bekas ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata
kelompok itu terpenting malah menguasai kepemimpinan negara tersebut.
"PAS akan terus relevan di kalangan 15 hingga 20 peratus mesyarakat Muslim Malaysia yang berpegangan Islamis konservatif.
"Di Jerman, kelompok Krtistian konservatif sedang memerintah negara di
bawah pimpinan Angela Merkel," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
"Di Amerika, Donald Trump adalah presiden dari parti konservatif yang dianggotai oleh ramai orang Kristian konservatif.
"Di Turki, pengikut falsafah konsevatif terus bersama parti Saadet.
Maka di Malaysia, pengikut falsafah konservatif akan terus bersama PAS.
"PAS akan terus releven, insya-Allah," katanya, kini timbalan pengarah
strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dalam wawancara akhbar
itu.
Namun bekas ahli PAS seumur hidup itu berkata sokongan terhadap parti
Islam itu menjadi nipis jika kelompok itu dipecahkan ikut kawasan
parlimen.
Wan Saiful berkata ahli PAS mencecah ribuan mengikut parlimen namun
mereka dianggap "terlalu sedikit" di setiap kerusi dan tidak cukup untuk
menang.
"Maka mereka akan menjadi parti yang ada ahli tetapi bilangan ahli parlimen mereka terlalu sedikit," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan