SIK: PAS sangat mementingkan bidang pendidikan untuk
dipastikan diterima setiap rakyat agar dapat menjayakan setiap bidang,
kerana itu ia diperjuang sebagai agenda negara.
Lebih utama, PAS memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan
lantaran ilmu pengetahuan itu sendiri adalah tuntutan Islam dalam
membangunkan insan.
Demikian intipati utama ucapan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan
Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika merasmikaj Hari Sukan SRITI Sik
di Padang Awam Batu 5, di sini kelmarin.
Pendidikan jelasnya, bukan sahaja diusahakan PAS untuk semua rakyat,
tetapi perhatian utama diberikan juga agar dengan ilmu mereka tidak
terpengaruh dengan perkara tidak benar.
Antaranya terang beliau, adalah 'Islam jadian' dalam pelbagai rupa
yang sebenarnya mengikut pemikiran Barat cuba ditanam kepada umat Islam
dalam cabaran hari ini.
Beliau juga menegur sikap masyarakat hari ini yang terlalu mengejar
pencapaian akademik, tetapi mengabaikan ilmu agama, sedangkan institusi
pendidikan agama kian banyak.
"Institut pengajian pondok, pusat tahfiz, berkembang pesat seperti
cendawan tumbuh selepas hujan dalam negara untuk jadi alternatif kepada
mereka yang mahu dapatkan pendidikan agama sempurna.
"Situasi ini PAS tidak ketinggalan tampilkan SRITI sebagai pendidikan
rendah terbaik untuk rakyat, bukan hanya supaya mencapai akhirat,
tetapi juga kemampuan sistem akademiknya," ujarnya.
SRITI Sik telah ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Sik yang walaupun baru setahun jagung telah mempunyai 48 murid dan semakin mendapat sambutan. - HARAKAHDAILY
SRITI Sik telah ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Sik yang walaupun baru setahun jagung telah mempunyai 48 murid dan semakin mendapat sambutan. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan