Khamis, 25 Januari 2018

Warisan 'ragu-ragu' tawaran 60-40 Pakatan Harapan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Darell Leiking 'ragu-ragu' dengan tawaran pembahagian kerusi 60-40 yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH).
 
Ia berikutan tawaran itu hanya datangnya daripada pemimpin DAP Sabah, Stephen Wong dan bukannya pimpinan tertinggi PH.
 
“Apa yang mengejutkan saya adalah tawaran itu seharusnya dibincangkan antara PH dan Warisan terlebih dahulu dan bukannya diumumkan secara sepihak melalui media.
 
“Apa lagi ia cuma dibuat oleh timbalan pemimpin PH Sabah,” kata Leiking yang juga Timbalan Presiden Warisan Sabah. menerusi kenyataan medianya.
 
Leiking menambah, ia adalah tindakan yang tidak bijak kerana partinya belum pernah menerima apa-apa tawaran daripada PH berhubung pembahagian kerusi di negeri itu.
 
Terdahulu, Wong bertindak mengumumkan formula 60-40 itu kepada wartawan yang kemudian barulah diumumkan sekali lagi Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya semalam.
 
Muhyiddin ketika itu berkata beliau berharap isu agihan kerusi di Sabah dan juga negeri lain membabitkan PH dan pembangkang yang lain diselesaikan pada hujung bulan ini.
 
Untuk rekod, formula 60-40 adalah PH bersetuju untuk Warisan meletakkan 60 peratus calon di kerusi sementara gabungan itu mendapat bakinya (40 kerusi DUN).
 
Pun begitu, Warisan perlu bersetuju untuk PH meletakkan 60 peratus calon di kerusi Parlimen dan bakinya adalah milik parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu.
 
Mengulas lanjut Leiking berkat pihaknya ingin tahu sama ada formula 60-40 itu juga akan digunakan di kerusi kawasan bandar dan separa bandar, yang menurutnya merupakan kerusi yang dituntut DAP.
 
“Kita perlu pertimbangkan pelbagai faktor seperti perwatakan pemimpin tempatan parti yang ingin bertanding di kerusi tertentu, jentera dan aktiviti politik parti itu, dan penerimaan penduduk di kawasan itu, sebelum mencapai keputusan,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: