Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: Bukan Amanat Hadi yang mencetuskan isu kafir-mengkafir
sesama umat Islam di negara ini, sebaliknya ia berpunca apabila PAS
ditendang daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977.
Bekas Naib Yang Di-Pertua (YDP) PAS ketika itu, Dr Daeng Sanusi Daeng
Mariok berkata demikian ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos
baru-baru ini.
Daeng berkata, beliau adalah antara tiga wakil yang dihantar PAS untuk
menganggotai Ahli Majlis Tertinggi BN ketika itu, justeru ahli politik
veteran itu tahu setiap apa yang berlaku sehinggalah partinya ditendang
daripada BN.
Dua lagi wakil parti adalah YDP PAS, Datuk Asri Muda dan seorang lagi
Naib YDP PAS ketika itu, Datuk Bakar Omar, beritahu Daeng.
"Maka daripada PAS, (wakil yang) dihantar menjadi Ahli Majlis Tertinggi
BN adalah Datuk Asri, Datuk Abu Bakar dan saya. Jadi saya tahu
punca-punca itu (isu kafir-mengkafir) dan saya ada di dalam majlis
(ketika) pemecatan PAS daripada BN.
"Daripada (tindakan Umno) menendang PAS daripada BN itu, (dan segala)
kezaliman tindakan yang dilakukan ke atas PAS (maka) membingkaslah
pimpinan PAS mempertahankan PAS, maka ketika itu berlakukan isu
kafir-mengkafir," cerita Daeng.
Justeru Daeng menyanggah mana-mana dakwaan yang mengatakan Amanat Hadi
adalah punca isu kafir-mengkafir berleluasa sekitar 80-an.
”Jadi hendak mengatakan bahawa isu kafir mengkafir itu dikatakan
diterbitkan daripada Amanat Hadi adalah satu perkara yang tidak betul.
"Kafir-mengkafir itu sudah berlaku sebelum itu yang bermula disebabkan
kezaliman Umno menendang keluar daripada Barisan Nasional secara zalim,"
tegasnya.
Isu Amanat Hadi kembali 'dihidupkan' Pengerusi Pakatan Harapan (PH),
Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ahli politik berusia 92 tahun itu
mempersoalkan mengapa mufti-mufti berdiam diri berhubung isu itu yang
tuduhnya menyebabkan berlakunya isu kafir-mengkafir.
Daeng yang kini mengetuai Jawatankuasa Disiplin PAS kemudiannya
mempersoalkan pada frasa manakah Amanat Hadi mengkafirkan orang?
"Kalau tak mahu dengar ucapan yang begitu panjang, satu jam lebih
ceramah itu (jadi) bacalah amanat tersebut. Dalam amanat itu ada tak
Haji Hadi kata Umno (sebagai) kafir? Ada tak Haji Hadi kata Dr Mahathir
(sebagai) kafir?
"Cuba baca. Senang saja. Dokumen itu boleh dibaca bila-bila masa. Tersebar di Facebook dan surat khabar," gesanya.
Antarapos sebelum menerbit artikel mengenai siapakah individu sebenar yang bertanggungjawab 'mencipta' Amanat Hadi.
Menurut penganalisis politik yang juga pengkaji PAS, Dr Kamarul Zaman
Yusoff, Amanat Hadi wujud selepas seorang penjual kaset ceramah PAS,
Omar Khalid bertindak memendekkan ceramah Ketua Pemuda PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang (kini Presiden PAS), selama satu jam menjadi lima ayat
sahaja.
Ceramah agama itu diberikan Hadi di Kampung Banggol, Peradong, Kuala
Terengganu pada 7 April 1981 - berkenaan batas-batas iman dan kufur umat
Islam.
Golongan alim ulama juga tidak melihat isi kandungan ceramah Hadi malah
amanat ciptaan Omar Khalid itu sebagai sesuatu yang menyalahi hukum
syarak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan