GEORGE TOWN: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah
berasrama penuh di Kepala Batas, cedera selepas dilaporkan dipukul lebih
15 pelajar tingkatan empat sekolah itu awal pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor
berkata, pelajar berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung
kejadian itu pada 8.50 malam Ahad selepas mendapatkan rawatan di sebuah
klinik di Kepala Batas.
“Menurut pelajar itu, kejadian berlaku kira-kira 3 pagi di tingkat 3
koridor asrama lelaki sekolah berkenaan dan ia dipercayai berpunca
daripada salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang
pelajar tingkatan empat kerana diejek dan ditertawakan,” katanya
semalam.
Beliau berkata, pelajar tingkatan empat itu bertindak memanggil
kira-kira 30 rakannya dan 15 daripada mereka memukul, menampar dan
menendang mangsa serta tiga lagi rakannya yang juga pelajar tingkatan
dua menyebabkan lebam dan calar di kaki serta badan.
Namun, katanya, hanya seorang pelajar yang tampil membuat laporan polis.
“Polis memanggil beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam
kejadian itu semalam untuk direkodkan keterangan dan mereka dibebaskan
dengan jaminan polis. Siasatan lanjut kes itu dijalankan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan