HULU TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah
di sini, cedera akibat terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah
kira-kira pukul 7.20 pagi tadi dipercayai akibat diserang histeria.
Pelajar tingkatan lima itu yang baharu ditukarkan bersekolah di sini
dikatakan mengalami kemurungan sejak dua tahun dan sering berhalusinasi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud
memberitahu, mangsa yang dalam keadaan sedar telah dibawa ke Hospital
Hulu Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Ayah mangsa memaklumkan bahawa mangsa sering kemurungan serta
mengalami halusinasi dan ditempatkan di sebuah madrasah untuk membantu
memulihkannya.
"Mangsa sebelum ini bersekolah di Kuala Terengganu, belajar di sekolah
yang sama dengan adiknya agar dapat ditemani, dan membolehkan keadaannya
dipantau," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan