SHAH ALAM: Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak
perempuan berusia tujuh tahun di sebuah 'funfair' di Sungai Petani,
Sabtu lalu, direman selama tujuh hari.
Suspek disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu The Star Online melaporkan, lelaki berkenaan muncul di mahkamah dengan kesan jahitan di kepala dan lebam di mata.
Portal itu memetik seorang anggota polis yang tidak dinamakan
mengatakan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada jam
3.10 petang semalam dalam keadaan cedera di kepala.
Setakat ini tidak diketahui siapa memukul lelaki berkenaan.
Lelaki itu terdahulu diburu polis susulan melakukan perbuatan tidak
senonoh ke atas kanak-kanak perempuan, yang juga anak kepada
kenalannya.
Dia dikatakan melakukan perbuatan berkenaan antara pukul 11 malam
hingga 1 pagi ketika membawa mangsa ke tapak pesta di bandar berkenaan.
Aksinya yang beberapa kali mencium pipi dan memasukkan tangan dalam
baju kanak-kanak itu dirakam pengunjung pesta berkenaan yang kemudian
tular di media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan