SHAH ALAM: Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menjangkakan Parlimen akan
dibubarkan seminggu selepas perayaan Tahun Baru Cina, Februari depan.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebiasaannya Parlimen akan dibubarkan pada Rabu.
"Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 23 Jun 2018. Dan tarikh
terakhir kalau nak dibuat dalam bulan Jun ini mestilah dibuat pada 12
Mei.
"Sebabnya 12 Mei itu pada Sabtu. Minggu berikutnya sudah puasa. Dari
logistiknya tidak pernah pilihan raya dibuat pada bulan puasa.
"Kenapa hari Rabu? Biasanya Perdana Menteri akan mempengerusikan
mesyuarat Kabinet, lepas pengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir, lepas
itu menghadap Yang Dipertuan Agong. Kebiasaannya.
"Bermakna, tarikh yang paling awal berkemungkinan ialah seminggu
selepas Hari Raya Cina. Paling lewat, adalah 12 Mei kerana minggu
berikutnya adalah Ramadan," katanya pada Rabu.
Mandat Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) akan
berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari
selepas tarikh luput itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan