Jumaat, 26 Januari 2018

Ibu Maut, Anak Cedera Kereta Terjunam Ke Sungai



MYNEWSHUB
 

SEORANG wanita maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum terjunam ke sungai dalam kejadian Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 50-an maut di tempat kejadian di Lorong Nenas, Jalan Terusan Utama (Ban Kenal) dipercayai akibat lemas ekoran terperangkap dalam kereta.

Anak perempuan mangsa pula terselamat tetapi mengalami mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota tubuh badan ekoran tercampak keluar dari kereta jenis Honda Jazz tersebut.



Menurut, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.46 pagi.

“Sebaik sampai, anggota bomba melakukan pencarian bagi mengesan mangsa dan kita berjaya mengesan kedudukan kereta itu pada kedalaman lapan meter.

“Dengan bantuan Skuad Skuba Bomba Selangor dari Shah Alam, mayat mangsa dikeluarkan dari kereta sebelum sebuah kren digunakan untuk menaikkan kereta tersebut,” kata Azmi seperti dipetik sebuah portal online.



Beliau berkata lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala ujarnya, mangsa yang terselamat pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. MYNEWSHUB.CC/AM

LIHAT VIDEO DI SINI



 

Tiada ulasan: