SHAH ALAM: Parlimen Wangsa Maju akan menjadi tempat pertama sesi Dialog
Perjuangan4all berbentuk 'townhall' yang dianjurkan Penerangan Umno
Malaysia bermula esok.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata program berkenaan bakal diadakan diseluruh negara.
Katanya ia merupakan pendekatan baru yang mahu memberikan penjelasan
kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai kejayaan dasar
transformasi Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak
dan dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kita juga ingin memberi penjelasan mengenai relevan kepentingan roh
dan semangat perjuangan Umno atau BN, sejarah kewujudan Umno atau BN,
serta mengapa Umno atau BN perlu dikekalkan sebagai kerajaan untuk
masa-masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata program di Parlimen Wangsa Maju di Dewan Kompleks
Yayasan Wangsa Perdana Taman Ibu Kota, di ibunegara akan bermula pada 8
malam.
Katanya, tiga ahli panel yang terlibat dalam dialog itu ialah beliau
sendiri, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua
Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari dan Exco Pemuda Umno, Shahril
Suffian Hamdan.
Dialog itu dijangka dihadiri 500 orang terdiri daripada pemimpin
masyarakat, pemimpin pelajar, pemimpin NGO setempat dan aktivis belia,
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan