Rabu, 6 September 2017

Sim: Wanita terbeban, bukan dibantu GST

KEADILAN DAILY

 Permatang_pauh_Sim_Tze_Tzin_0605_620_411_100


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak boleh membiayai program wanita tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah penghinaan kepada wanita, kata Pengarah Strategi
KEADILAN Sim Tze Tzin.

Beliau berkata, wanita merupakan golongan pengguna terbesar di negara ini tetapi mereka juga paling terkesan dengan bebanan GST.

“Ini adalah satu kenyataan yang sangat ironi sebab sebenarnya wanita adalah pengguna yang paling besar sebab mereka terpaksa membeli barang untuk keluarga, jadi the biggest spender (pembeli terbesar) in Malaysia.

“Kerana itu wanita dibebankan dengan begitu teruk sekali kerana kenaikan harga dan akibat GST. Maka sekarang perdana menteri kata ada GST baru ada program wanita.

“Itu saya rasa suatu yang menghina golongan wanita. Sebenarnya, wanita dimangsakan dalam isu ini kerana mereka terpaksa membeli barang bagi membiayai semua,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, lapor Malaysiakini.

Anggota Parlimen Bayan Baru itu mengulas ucapan Najib pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersempena Hari Wanita Kebangsaan 2017 semalam.

Dalam ucapannya, Najib berkata cukai pengguna adalah sumber utama kerajaan, dan memansuhkan akan menjejaskan program Kementerian Wanita serta program kesihatan dan pendidikan.

Tiada ulasan: