Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri
Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengesahkan beliau tidak akan bertanding di
mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun beliau menegaskan akan terus aktif dalam politik untuk membantu
memantapkan Gagasan Sejahtera dan jentera parti dalam gabungan itu.
Ya (tidak bertanding), tapi saya akan tetap aktif (berpolitik) sampai bila-bila," katanya kepada Antarapos.
Beliau juga memberi jaminan parti itu akan meletakkan calon untuk
bertanding dalam PRU14 nanti yang akan dibincangkan dengan PAS.
"Saya sendiri tak minat untuk bertanding tapi saya rasa ramai di
kalangan Dewan Tertinggi Ikatan mempunyai kelulusan serta pengalaman
yang tinggi dan mungkin mereka akan bertanding.
"Kami tak fikir lagi tentang itu, nanti dekat pilihan raya kami akan bincang dan runding dengan PAS," katanya.
Mengulas lanjut Kadir Sheikh Fadzir berkata beliau ingin melihat kuasa politik Melayu terus kukuh dalam pembangunan negara.
"Jadi waktu saya melancarkan parti Ikatan saya dah nyatakan bahawa
parti kami ini dilahirkan untuk generasi akan datang untuk membina
bangsa Melayu yang bersatu padu, adil saksama dan bahagia.
"Itu objektif kita, jadi kita tak obses dengan pilihan raya untuk nak
dapat kerusi tapi kita lahir untuk menangani isu rakyat dan bagaimana
nak selesaikannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan