Oleh Hafiz Zainuddin | Foto Ahmad Yusufi
KUALA LUMPUR: Meski dijual dengan harga berpatutan, peniaga di Pasar Awam Kampung Baru mengeluh akibat pelanggan dan hasil jualan yang semakin berkurang berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Tinjauan Roketkini mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan rasa kurang selesa dengan situasi itu yang sedikit sebanyak mampu menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Disebalik kegelisahan tersebut, ada juga peniaga dan pekerja enggan menjawab pertanyaan yang diajukan dengan memberi alasan ‘masih baru bekerja’ dan ‘takut salah jawab’.
Jika pada April lalu harga ikan kembung pernah mencatatkan nilai tertinggi antara RM23.00 hingga RM25.00 sekilogram, lain pula suasana sekarang yang dijual dengan harga RM15.00 setiap kilogram.
Menurut pekerja, Yaakob Arifin, 38, salah satu punca harga ikan menurun kerana permintaan yang kurang.
“Sekarang boleh kata harga turun, sebab orang tak ada,” katanya ringkas.
Keadaan lembab penjualan ikan itu turut diakui peniaga, Ah Foo, 64, yang menyifatkan ia sebagai petunjuk kepada kelemahan ekonomi semasa.
“(Sekarang) hari-hari turun (harga rendah). Ekonomi tak baiklah. Orang tak cukup duit.
“Turun harga sebab customer tak ada. Meniaga banyak lemah. Duit tak ada, customer tak beli,” ujar Ah Foo.
Kos sara hidup meningkat
Situasi penurunan jumlah pelanggan turut dirasai peniaga cili, Kak Ju, 43, yang bersetuju ia berpunca dari peningkatan kos sara hidup.
Walaupun cili merah dijual mengikut harga semasa iaitu RM13 – lebih murah berbanding harga purata yang pernah dicatatkan iaitu RM15, sebahagian pelanggan khususnya pengusaha kedai makan dan restoran merasakan harga cili agak masih mahal.
“Macam orang restoran (peniaga), ada komplen sebab harga mahal. Customer biasa tak komplen.
“Dulu makan di restoran, mahal sikit tak apa janji sedap. Sekarang makan di restoran, janji murah,” katanya lagi.
Lain pula keadaannya dengan peniaga ayam ini yang berkata permintaan pelanggan terhadap bekalannya seperti biasa.
“Sekarang ni harga ayam rendah RM7.50 sekilogram. Kalau beli banyak, saya boleh bagi murah sedikit (dalam) RM7.00 (ke) RM6.80,” katanya yang tidak mahu dikenali.
Penguatkuasaan terhadap peniaga tidak memadai
Bagi Pak Harun pula, permintaan terhadap bekalan ayam sentiasa ada walaupun harga ayam tidak menentu.
“Sekarang harga RM7.50 – dah dekat dua minggu (harga rendah). Kalau tak, harga RM8.50 (sekilogram),” katanya.
Namun, apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga berusia lewat 50 an itu ialah kedudukan harga yang sentiasa berubah-ubah berdasarkan harga yang ditetapkan pembekal.
Menurutnya, tindakan kementarian menjalankan operasi supaya peniaga menurunkan harga jualan seringkali memberi kesan kepada pendapatan mereka.
“Kerajaan boleh cakaplah, tapi kalau pembekal tak boleh turun (harga) buat apa?
“Kalau pembekal tak turun harga, peruncit maca mana?” soalnya. – Roketkini.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan