SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Penganalisis ekonomi meramalkan harga petrol
RON95 dan RON97 yang menunjukkan trend kenaikan sejak 10 minggu lalu
dijangka akan berterusan.
SINAR HARIAN melaporkan Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata tidak
mustahil harga akan meningkat lebih tinggi selepas ini selepas
mencatatkan kenaikan 4 sen, Rabu lalu.
“Tidak mustahil harga akan meningkat lebih tinggi selepas ini, tetapi
banyak faktor luaran yang memainkan peranan maka sukar untuk memberi
ramalan yang tepat,” katanya.
Beliau berkata, kenaikan harga minyak ini didorong oleh faktor luaran
yang tidak menentu seperti kemungkinan sekatan ekonomi Amerika Syarikat
ke atas pengeluar minyak seperti Iran.
“Ini
juga didorong tindakan negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport
Petroleum (OPEC) yang mengehadkan pengeluaran minyak supaya harga kekal
meningkat,” katanya.
Harga minyak mengalami kenaikan hampir setiap minggu sejak 6 Julai
lalu dan dalam tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali
iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.
Pada Rabu lalu, harga runcit baru bagi RON95 ditetapkan pada RM2.20
seliter manakala RON97 pula RM2.48 seliter, kenaikan sebanyak 4 sen.
Diesel pula dijual pada harga RM2.05 (naik 1 sen).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan