PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mengelak
daripada mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Menurut Guan Eng, pihaknya juga tidak akan memberi sebarang ulasan
mengenai kenyataan beliau yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan
Negeri, Phee Boon Poh berhubung kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di
sini sebagai ‘penahanan haram’.
“Buat masa ini saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya kepada
pemberita ketika mengadakan lawatan kerja projek pembentungan di Relau
di sini hari ini.
Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh dan Boon Poh.
Semalam, SPRM dalam kenyataannya memberitahu akan mengambil tindakan ke
atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan
fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.
Menurut SPRM, keputusan telah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan