PAS mensasarkan seramai 200,000 peserta yang akan
hadir pada himpunan Fastaqim 2.0 yang akan diadakan pada 30 September
nanti di Pantai Tok Jembal, Terengganu.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan ketika mengadakan sidang
media di Pejabat Agung PAS menegaskan himpunan kali ini bakal
menyaksikan ledakan dan gelombang kebangkitan ummah yang luar biasa.
"Keadan ini seperti yang pernah diadakan di Kelantan pada tahun 2015 dengan lebih 100,000 kehadiran peserta," katanya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan