Ramai dikalangan ahli PKR kini berasa bimbang berhubung beberapa siri pertikaman lidah antara para pemimpin tertinggi PKR. Semuanya gara-gara percanggahan pendapat berhubung kerjasama antara PKR dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Disatu pihak, Datuk Seri Azmin Ali bertegas untuk membawa PKR kembali menjalinkan kerjasama dengan PAS manakala disatu pihak lagi, enggan lagi menerima PAS selaku sekutu mereka kerana sudah cukup yakin dengan DAP, PAN dan PPBM.
Keadaan ini telah menyebabkan PKR telah berantakan dan ianya telah membingungkan ahli PKR yang rata-rata tidak senang dengan apa yang berlaku.
Melihat keadaan ini, timbul satu cadangan dari kalangan akar umbi PKR yang meminta, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail memohon perkenan Yang DiPertuan Agong untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk tempoh 24 jam.
Pendapat ini muncul kerana bagi kalangan ahli PKR, mereka cukup yakin bahawa hanya Datuk Seri Anwar sahajalah yang mampu meredakan keadaan yang agak tegang hari ini.
Tambahan pula, dengan keyakinan bahawa Datuk Seri Anwar adalah seorang anugerah tuhan yang tidak bernilai, pastinya ramai akan akur kepada cadangan dan perancangan yang dirangka oleh beliau bagi menjernihkan semula keadaa yang tidak aman di dalam PKR.
Beliau telah banyak menunjukkan bukti bahawa hasil daripada perancangan beliau, banyak konflik dapat di selesaikan. Justeru, adalah amat baik sekiranya Datin Seri Wan Azizah menghadap Yang DiPertuan Agong untuk mengizinkan pemimpin kesayangan PKR ini keluar hanya untuk tempoh 24 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan