Oleh Nur Atiqah Abd Samad
PETALING JAYA: Amanah berkata partinya bukan 'seronok-seronok'
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tetapi sebab mahu
merampas kuasa daripada parti yang gilakan kuasa.
Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata demikian ketika
mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang
sebelum ini mendakwa Amanah kemaruk kuasa.
Kenyataan Sallehen itu menyusul selepas Amanah Selangor pada
konvensyennya semalam menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin
Ali mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri itu.
"Memang kami nak ambil kuasa, tujuan (kami) bertanding kerana nak ambil kuasa. Bukan nak bertanding seronok-seronok.
"Kita masuk pilihan raya kerana nak ambil kuasa daripada orang gila kuasa," katanya kepada media di ibu pejabat PPBM, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan