MALAYSIA DATELINE
Pas
menerima baik cadangan dan bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) dalam
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu sentiasa
terbuka dan bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib
rakyat.
"Pas Sarawak bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) ini yang ingin mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada
pihak pemerintah.Kebanyakan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah
Hak Adat Bumiputera (NCR),isu demokrasi dan sebagainya memang antara
isu yang diperjuangkan Pas selama ini.
"Pas akan berjumpa dengan
pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka
diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Ini untuk membuktikan bahawa Pas memang berjuang untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama.
"Dengan kerjasama ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik
untuk rakyat yang berbilang etnik di negara ini terutama di Sarawak. Pas
menanti pelawaan semua NGO yang bersedia bekerjasama untuk kepentingan
semua rakyat Sarawak kepada pihak pemerintah dengan lebih berkesan
lagi." ujarnya dalam satu kenyataan.
Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save
Rivers, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas), Borneo Resources
Institute Malaysia (Brimas) dan Jaringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak
(Tahabas).
Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Non-Timber
Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (Pedas), Gerakan
Dayak Sarawak (Gasak) dan Integrated Development for Eco-Friendly and
Appropriate Lifestyle (Ideal).
No comments:
Post a Comment