MALAYSIA DATELINE
Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak perlu hipokrit apabila
mengarahkan siasatan segera dilakukan ke atas penyelewengan dana RM100
juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan berkata,perdana menteri harus beri pencerahan secara telus dan
komprehensif kepada 30 juta rakyat Malaysia serta keseluruhan dunia
mengenai kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu wang derma
RM2.6 billion dan RM42 juta dana syarikat SRC International yang masuk
ke dalam akaun peribadinya terlebih dahulu disiasat segera.
"Najib seharusnya mengambil pendekatan untuk bercuti dan izinkan
semua pihak penguatkuasa undang-undang melaksanakan siasatan mereka
secara telus lagi bebas bagi meyakinkan rakyat bahawa segala bentuk
siasatan tidak dipengaruhi oleh perdana menteri Malaysia
"Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan jadi hipokrit. Jangan nampak
kesalahan jenayah orang lain saja. Suluh muka sendiri juga!," ujarnya
dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar Khairuddin lagi, seandainya Najib yang juga Presiden Umno itu
mengambil pendekatan itu beliau amat yakin seluruh warganegara mahupun
warga luar akan menghormati beliau
"Beliau tidak harus rasa gusar ataupun takut kerana kata pepatah orang tua-tua, 'berani kerana benar'.
"Jawatan perdana menteri boleh dijawat semula sekiranya satu proses
siasatan secara bebas dan telus mendapati beliau tidak bersalah!!
"Sekiranya beliau mengambil kaedah ini untuk membersihkan namanya
yang tercemar dengan begitu teruk sekali barulah sesuai beliau cakap
rasuah adalah musuh kita." ujarnya.
Malah Khairuddin turut menyarankan agar menteri KBs, Khairy
Jamaluddin mengambil pendirian untuk bercuti buat sementara waktu
sehinggalah siasatan kes rasuah RM100juta juta keatas kementeriannya
selesai disiasat.
"Janganlah asyik nak perbesarkan isu pembelian rumah Lim Guan Eng saja yang berjumlah RM2.8 juta.
"Inilah masalah dengan pemimpin-pemimpin umno, Kuman di seberang laut nampak tapi bangkai gajah di depan mata tak nampak.
"Apa pun Allah swt sedang menunjukkan satu per satu skandal rasuah
yang berlaku terlalu berleluasa di negara kita masakini," dakwanya.
Ujarnya lagi atas dasar itu beliau pikul tanggungjawab laksanakan
fardhu kifayah untuk lawan rasuah secara habis-habisan demi
menyelamatkan masa depan negara sepertimana yang termaktub di dalam
Deklarasi rakyat selamatkan Malaysia.
Semalam perdana menteri mengarahkan supaya siasatan berhubung isu
penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di KBS dilakukan
dengan serta merta.
Beliau turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan
akauntabiliti.
No comments:
Post a Comment