Otman Arsahd, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Otman didakwa dengan 15 pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara untuk membuat bayaran berjumlah RM2,161,000 kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd untuk program KBS yang mana anak- anaknya iaitu Arif Azuan dan Arif Azmin mempunyai kepentingan tersebut.
Dia juga didakwa dengan 17 pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Surat Pembayaran Melalui Kementerian Di Majlis Sukan Negara bagi pembiayaan program-program dan pembekalan peralatan kursus kementerian itu berjumlah RM36,310,400 yang mana kerja- kerja tersebut tidak dilakukan dengan pengetahuannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini antara 28 Februari 2012 dan 18 November 2015.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Amir Nasaruddin mengikut Seksyen 18(a) dan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Amir mencadangkan jaminan RM1 juta bagi kesemua pertuduhan.
Peguam, Iszam Kamal Ismail memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan rendah kerana anak guamnya tiada sumber kewangan setelah akaun dibekukan.
"Anak guam saya hanya bergantung kepada bantuan keluarga dan rakan sahaja," katanya.
Menurutnya, keluarga anak guamnya hanya mempunyai wang tunai RM100,000 dan sekeping geran tanah.
Hakim, Allaudeen Ismail membenarkan jaminan RM250,000 dan geran tanah 1.09 hektar dengan dua penjamin selain memerintahkan pasport diserahkan.
Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes.
Selain petugas media, galeri awan hari ini dipenuhi dengan keluarga lelaki berkenaan.
Pada 19 Mac lalu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada sidang media berkata, modus operandi sindiket ialah mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada tidak kurang 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket bagi mewujudkan program tetapi kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan
No comments:
Post a Comment