ARIF ATAN
Ketibaan beberapa pemimpin utama di Kongres Rakyat anjuran Gerakan
Selamatkan Malaysia di SACC, Shah Alam hari ini disambut dengan laungan
berbeza oleh golongan penyokong.
Sorakan "Hidup Tun" mengiringi ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad pukul
1.10 petang tadi manakala laungan "Reformasi" kedengaran 30 minit
selepas itu sebaik Muhyiddin Yasin tiba.
Tidak lama selepas itu pekikan "Bebas Anwar" bergema ketika Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali tiba.
Turut kedengaran sorakan "Tangkap Najib Tangkap" di pintu masuk utama dewan.
Ketiga-tiga pemimpin yang menjadi tumpuan lensa kamera itu
kemudiannya memasuki bilik tetamu VIP di kompleks konvensyen tersebut
sebelum majlis bermula pukul 2 petang tadi.
Program berkenaan bakal menyaksikan 18 pembahas mewakili kesemua
parti politik dan NGO di negara ini sebelum diakhiri dengan ucaptama
oleh Tun Mahathir.
Pas yang dilihat senada dengan kepimpinan rejim BN hanya diwakili dua
tokoh 'harumanis' iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa,
masing-masing di kedudukan kelapan dan ke-10 dalam senarai pembahas.
Selain kawalan keselamatan dan kelancaran program daripada pihak
ARiF, kemunculan sekumpulan lelaki kira-kira 10 orang berkot dan berkaca
mata hitam menarik perhatian peserta kongres.
No comments:
Post a Comment