DALIA ISMAIL
Kesatuan
Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), mendesak Datuk Nurul
Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada kru kabin penerbangan Malaysia
(Mas) kerana memuat naik status di dalam instragramnya kerana menghina
pramugari yang dikatakan tua.
Presidennya Ismail Nasarudin berkata, beliau mendapat panggilan dari
ahlinya menyatakan mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah yang
mengutuk pramugari Mas.
"Beliau sebagai seorang wanita juga harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka.
"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau
lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
"Ayahnya juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat
penerbangan Mas. Saya nasihati beliau jangan mudah lepas kata-kata yang
akan menyakitkan hati kaum pekerja wanita dan saya nasihati beliau
supaya bersikap 'low profile' dan usahlah mencari populariti dengan
kenyataan yang tidak masuk akal dan membawa faedah.
"Sikap
beliau akhirnya akan memalukan diri sendiri dan mencemarkan nama baik
keluarga seorang Timbalan Perdana Menteri di dalam negara kita." ujarnya
kepada Malaysia Dateline.
Nurulhidayah telah memuat naik di laman instagramnya sekeping gambar
menunjukkaan beliau sedang menaiki Air Asia, dengan mengatakan:
"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia
Airline hmmm (bapak mahal!!!-bahasa kasar). Pramugari pun dah
tua-tua..harap pandangan kasar saya ni tidak di pandang sebagai
mencampuri dasar kerajaan yer."
Ismail berkata, perbuatan mengeluarkan kenyataan terhadap pekerja kru
kabin wanita oleh Nurulhidayah adalah satu tindakan yang 'amat tidak
cerdik' dan tidak sensitif.
"Adakah dia lupa dengan pengorbanan kru kabin Mas yang telah melayan
beliau apabila terbang ke merata tempat dengan syarikat penerbangan
nasional itu?
"Saya
berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau
di Instagram yang telah mengguriskan hati ramai pekerja kru kabin. Dia
harus meminta maaf kerana mengguris hati mereka.
"Beliau telah pos ayat-ayat yang menyakitkan hati pekerja kru kabin dengan menyatakan pramugari Mas ini ramai yang tua-tua.
"Ini sangat tidak berhemah malah membuat ramai kru kabin Mas marah dengan kutukan beliau.
"Sebagai anak seorang TPM, beliau harus mengambil jalan yang lebih berhemah untuk komen di laman sosial.
"Beliau harus mengambil sikap lebih sensitif dan menjaga tatatertib dengan rakyat.
"Kalau macam ni perangai anak seorang Timbalan Perdana Menteri,maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment