shahbudindotcom
Kongres
rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi
dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu
lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.
Ia
bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO,
pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang
sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang
sama.
Pentad, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.
Sebanyak
1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan
kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang
yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200
hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi
tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.
Bermula pukul
2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun
Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta
tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti
dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.
Ini
sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan
begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga
untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.
Bukan
saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan
diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai
menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.
Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.
Jika
kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu
lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara,
kata Tun Mahathir.
Di
bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog
ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini
hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut
memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.
Apa
pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas
ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan
terpilih pula.
Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapannya.
Zaid Ibrahim selaku penganjur dan penginisiatif Kongres Rakyat wajar diberikan penghargaan atas kejayaan ini.
Petugas di meja pendaftaran mula bertugas sejak 10.30 lagi.
No comments:
Post a Comment