Hampir 700,000 Warga Asing Diberi Kerakyatan
Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan
telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak
negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam
Negeri (KDN).
KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga
negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi
adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).
Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang)
mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak
negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah
ditarik balik kerakyatan.
Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan
kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang. - Bernama
No comments:
Post a Comment