SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengkritik Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat cuba menyalahkan
kerajaan pusat apabila mengaitkan bekalan air kritikal di negeri itu
berpunca daripada kelewatan Projek Langat 2.
Penyelaras ADUN BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan
kerajaan pusat tidak pernah berlengah dalam menyiapkan Projek Langat 2
demi memberi kemudahan air kepada rakyat negeri itu.
ADUN Batang Kali itu juga memaklumkan, sebaliknya Azmin sendiri yang
seolah-olah sengaja tidak mahu mempercepatkan proses menandatangani
perjanjian Projek Langat 2.
"Pada saya, beliau membuat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab,
saya menafikan bahawa kerajaan pusat melambatkan atau melewatkan usaha
memberikan kemudahan air kepada rakyat Selangor.
"Sedangkan semua orang tahu di dalam beberapa Sidang DUN sebelum ini
kita telah membangkitkan isu air dan hari ini beliau (dilihat) agak
tersepit dengan keadaan cuaca yang agak panas dan mungkin akan berlaku
sekali lagi krisis air.
"Maka Azmin cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kerajaan pusat,
hendak menampakkan kerajaan pusat pula yang salah," katanya kepada
pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN
Selangor Yang ke-13, pagi tadi.
Terdahulu, Azmin pada Jumaat lalu mendakwa Selangor akan menghadapi
masalah bekalan air pada 2017 hingga 2019, gara-gara kelewatan
menyiapkan Projek Langat 2.
Keadaan itu memaksa kerajaan negeri menggunakan sebahagian peruntukan dari Projek Langat 2 untuk membina dua loji rawatan lain.
Dua loji berkenaan yang berjumlah hampir RM800 juta ditempatkan di
Labohan Dagang dan Semenyih dan dijangka siap pertengahan 2017.
No comments:
Post a Comment